Kecil Hati Diejek Hidung Hippo, Sarah Nak Operate Hidung?
PETALING JAYA: Gara-gara sering diejek berhubung fizikal hidungnya yang dikatakan tidak sempurna, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.
Sarah, 32, berkata, sebagai manusia biasa dia juga ingin kelihatan cantik seperti wanita lain biarpun hasratnya itu tidak pernah diluahkan secara terbuka.
"Sehingga saat saya meluahkan perasaan berhubung isu hidung di Instagram baru-baru ini saya pernah terfikir untuk melakukan pembedahan kerana sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita ingin kelihatan cantik," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Terdahulu, Sarah menerusi Instagram miliknya baru-baru ini secara terbuka meluahkan perasaan berhubung penghinaan diterimanya sejak kecil berhubung hidungnya.
Sarah turut memuat naik paparan skrin dua komen pengikutnya yang meninggalkan komen berbunyi 'Hidung dia macam hippo' dan 'Ya Allah buruknya' dan bertanya apakah tindakan mereka sekiranya ada orang mengutuk dan menghina rupa mereka.
Dalam pada itu, Sarah memberitahu sejak memuat naik status berkenaan keinginannya untuk melakukan pembedahan sudah tiada kerana menyedari tindakannya itu adalah salah.
Malah kata Sarah, dia terharu apabila ramai pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepadanya dan tidak memperdulikan kata-kata cacian berhubung fizikalnya.
"Saya sedar sekiranya saya ikutkan rasa hati saya sudah menidakkan ciptaan sebaik-baiknya yang Allah berikan kepada saya selain membuktikan saya seorang yang tidak kuat dalam mengharungi dugaan kecil itu.
"Alhamdulillah keterbukaan saya bercakap secara terbuka mengenainya telah membuang jauh-jauh keinginan untuk melakukan pembedahan kerana ia perbuatan sia-sia," jelasnya.
Malah kata Sarah, dia juga pernah menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan tersebut kepada suaminya iaitu pelawak Shuib Sepahtu namun lelaki berkenaan memberitahu dia menerimanya seadanya.
"Saya pernah tanya suami hendak buat pembedahan bagi mencantikkan hidung tetapi dia sentiasa memberitahu dia cintakan saya seadanya.
"Tanpa melarang atau membenarkan dia menekankan saya cantik kerana diri saya dan tidak memerlukan sebarang perubahan," ujarnya.
MstarOnline

No comments
Post a Comment