Terkini

Isu Undi Tak Percaya MB Terengganu, Ahmad Said Bidas Kecaman Azalina

Ahmad Said menasihatkan Azalina supaya tidak membuat komen bodoh termasuk menggunakan isu talak jika tidak tahu apa-apa tentang politik di Terengganu.

Isu Undi Tak Percaya MB Terengganu, Ahmad Said Bidas Kecaman Azalina

Nasihat Datuk Seri Ahmad Said kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.“Kalau belum berkahwin, jangan pandai-pandai sentuh isu talak,”

Ahmad menjawab kecaman Azalina kepada dirinya yang mendakwa bekas bekas Menteri Besar Terengganu itu ‘gila talak’ kerana mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan,” kata Ahmad kepada FMT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menegaskan, beliau mengemukakan usul itu demi kepentingan rakyat Terengganu, bukan untuk menjadi Menteri Besar.

“Saya berjuang demi negeri Terengganu dan kepentingan rakyat di Terengganu. Tidak ada kepentingan peribadi. Kalau saya nak jadi Menteri Besar (MB), dari dulu saya dah buat. PAS ajak saya bergabung nak lantik saya jadi MB, saya tak nak.

“Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa mengenai politik Terengganu, jangan komen bodoh,” katanya bagi menjawab tuduhan Azalina bahawa Ahmad akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar semula. – FMT

No comments