Terkini

Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar

Pelantun lagu Awan Yang Terpilu, Ning Baizura sebelum ini pernah ditanya mengenai adakah dia dan suami akan mewujudkan laman sosial untuk anak mereka seperti selebriti lain.

Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar
 Ning Baizura Sheikh Hamzah bersama anaknya Ryan Sky Dalton

Walau bagaimanapun, Ning Baizura atau nama penuhnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai hal tersebut namun suami tercinta iaitu Omar Sharif Dalton ada menyatakan kebimbangan untuk mewujudkan laman sosial itu.

"Jika ditanya tentang perkara ini saya tidak ada sebarang komen namun ayah Ryan sendiri ada memaklumkan bahawa dia risau dengan keselamatan anak kami jika mewujudkan laman sosial untuknya.

Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar

"Walaupun suami dan saya seorang yang 'protective' terhadap anak, tapi apalah salahnya jika diberi peluang untuk membuat komersial dan ketika dia masih kecil ini. Cuma buat masa sekarang biarlah Ryan membesar seperti mana anak-anak kecil lain," katanya.

Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar

Dalam pada itu, Ning, 40, turut berkata, sekiranya dianugerahkan zuriat lagi dia terima dengan baik.

"Alhamdulillah... anak pun sekarang sudah makin membesar. Saya bersyukur dengan adanya cahaya mata iaitu Ryan Sky Dalton di sisi saya. Malah, memberikan saya peluang untuk bergelar sebagai seorang ibu.

Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar

"Selepas ini jika diberikan peluang lagi untuk menimang cahaya mata, saya juga tidak ada masalah.

Ning Baizura dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah bernikah pada 31 Januari 2008 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar


Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar


Ryan Sky Dalton Anak Ning Baizura Yang "Handsome" Makin Membesar


Sumber - MediaHiburan.my

No comments