Terkini

Gara-gara DJ Baru, Radio Hot FM Diboikot Peminat?

Terkejut bila baca komen-komen pendengar setia Hot FM kat laman sosial.. Sejak-sejak, DJ lama Hot FM untuk segmen pagi iaitu Fafau dan AG dah keluar dari stesen radio tu, ingatkan ramai pendengar setia radio tu akan gembira..

Gara-gara DJ Baru, Radio Hot FM Diboikot Peminat?

Iyerlah, macam kita hari-hari dok makan nasik lemak, mesti sampai satu tahap kita akan rasa bosan dan muak kan.. Hari-hari dok dengar celoteh Fafau dan AG saja setiap pagi, ingatkan pendengar setia radio tu nak cari ‘something new’ iaitu tak kisah bila DJ lama digantikan dengan DJ baru.. Rupanya ramai pendengar stesen itu yang tak puas hati..

Tak silap, DJ baru untuk slot Pagi Hot FM dah digantikan dengan DJ Fizie, Ajak dan Haziq.. Ramai pendengar setia radio Hot FM maklumkan dah tak suka dengan DJ baru radio tu dan rindukan DJ lama..

Sampai banyak pendengar setia radio tu yang dah ‘boikot’ stesen radio terbabit.. Kalau dulu pagi-pagi ‘drive’ nak pergi kerja selalu bukak radio Hot FM, sekarang disebabkan dah tukar DJ baru.., ramai pendengar setia radio tu dah tak mahu dengar stesen radio Hot FM.. Kiranya, dorang semua nak boikot beramai-ramai..

Gara-gara DJ Baru, Radio Hot FM Diboikot Peminat?

Penangan DJ lama memang memberi kesan mendalam betul kat stesen radio Hot FM, jangan nanti ranking pendengar stesen radio Hot FM jatuh disebabkan ramai pendengar setia radio tu pakat-pakat 'boikot' radio tu sudah la.. Kena panggil balik la DJ lama nampaknya..

No comments