Kehilangan Wan Syazlin Yang Viral Di Media Sosial, Sebenarnya Tak Hilang?
KUANTAN - Kes seorang gadis, Wan Syazlin Wan Zainuddin, 19, yang menjadi perhatian di laman sosial baru-baru ini, hampir menemukan titik penamat apabila polis mengesahkan pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini itu tidak hilang, sebaliknya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, gadis tersebut dipercayai sengaja menghilangkan diri atas faktor tertentu dan kehilangannya tidak dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami percaya gadis ini tidak hilang tetapi tinggal bersama kawan-kawannya. Dia sendiri yang enggan pulang.
“Dia tidak pulang ke Polisas dan cuba melarikan diri daripada keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Wan Syazlin dilaporkan kali terakhir dilihat di Polisas pada 5 Februari lalu dan sepatutnya pulang ke Terengganu sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Bagaimanapun gadis itu tidak muncul-muncul sehingga memaksa bapanya, Wan Zainuddin Wan Isa membuat laporan polis pada 8 Februari lalu apabila cubaan menghubungi Wan Syazlin gagal kerana telefonnya dimatikan.
Kehilangan Wan Syazlin menjadi viral di media sosial apabila ramai yang bersimpati dan menyebarkan berita kehilangan gadis itu dengan harapan dia akan segera ditemukan.
Menurut Abdul Aziz, polis bagaimanapun tidak menutup kes tersebut dan masih menjalankan siasatan.
Sementara itu, Pengarah Polisas, Norlida Abd. Razak berkata, Wan Syazlin yang merupakan pelajar semester dua Diploma Perakaunan masih merupakan penuntut politeknik berkenaan meskipun gagal menghadiri kelas sejak 15 Februari lalu.
“Kami tidak gantung Wan Syazlin kerana masih tidak tahu kesudahannya. Apabila kami tahu apa sebenarnya yang terjadi, barulah kami tengok semula keadaan ini.
“Polisas sentiasa bertanya kepada keluarga dan polis. Kami mengikuti rapat perkembangan kes kehilangan penuntut ini,” katanya.
Kehilangannya tidak dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah.
Utusan Online
Kehilangan Wan Syazlin Yang Viral Di Media Sosial, Sebenarnya Tak Hilang. |

No comments
Post a Comment