Presiden Barcelona akan melawat Johor - TMJ
Presiden Barcelona FC, Josep Bartomeu meluahkan hasrat untuk berkunjung ke Johor dalam masa terdekat bagi meninjau pembangunan sukan bola sepak di negeri itu.
Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkata, hasrat itu dimaklumkan semasa lawatan beliau ke Bandar Sukan Barcelona itu semalam.
"Bartomeu berhasrat untuk datang berkunjung ke Johor dalam masa terdekat," demikian menurut kenyataan dalam laman Facebook, Johor Southern Tiger.
Semasa lawatan itu, TMJ turut diperkenalkan dengan Ketua Perhubungan Institusi Sukan merangkap Pengurus Bandar Sukan Barcelona, Pere Gratacos Boix untuk membantu JDT dalam apa jua aspek dari segi kepakaran dan falsafah.
Malah, Tunku Ismail turut berpeluang menyaksikan sesi latihan skuad utama Barcelona.
Pada Isnin lalu, TMJ yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustaman melakukan lawatan ke Nou Camp iaitu stadium keramat FC Barcelona.
Barcelona dilaporkan bersedia membuka pintu kepada pasukan JDT untuk berkongsi idea dari segi pengurusan dan falsafah dalam arena bola sepak.
Ia adalah lawatan kedua TMJ selepas bertemu dengan Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi untuk membincangkan tentang masa depan bola sepak Johor pada 26 Februari lalu.
Pertemuan itu diatur sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja Tunku Ismail untuk pembangunan bola sepak di Johor.
- MalaysiaGazette
TMJ yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustaman melakukan lawatan ke Nou Camp iaitu stadium keramat FC Barcelona. |
Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkata, hasrat itu dimaklumkan semasa lawatan beliau ke Bandar Sukan Barcelona itu semalam.
"Bartomeu berhasrat untuk datang berkunjung ke Johor dalam masa terdekat," demikian menurut kenyataan dalam laman Facebook, Johor Southern Tiger.
Semasa lawatan itu, TMJ turut diperkenalkan dengan Ketua Perhubungan Institusi Sukan merangkap Pengurus Bandar Sukan Barcelona, Pere Gratacos Boix untuk membantu JDT dalam apa jua aspek dari segi kepakaran dan falsafah.
Malah, Tunku Ismail turut berpeluang menyaksikan sesi latihan skuad utama Barcelona.
Pada Isnin lalu, TMJ yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustaman melakukan lawatan ke Nou Camp iaitu stadium keramat FC Barcelona.
Barcelona dilaporkan bersedia membuka pintu kepada pasukan JDT untuk berkongsi idea dari segi pengurusan dan falsafah dalam arena bola sepak.
Ia adalah lawatan kedua TMJ selepas bertemu dengan Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi untuk membincangkan tentang masa depan bola sepak Johor pada 26 Februari lalu.
Pertemuan itu diatur sebagai sebahagian daripada rangka lawatan kerja Tunku Ismail untuk pembangunan bola sepak di Johor.
- MalaysiaGazette
No comments
Post a Comment