Terkini

Profesor Universiti Buat Kerja Part Time Jadi Pelakon Lucah

MEMANG kedengaran sangat janggal apabila seseorang yang sangat disegani oleh anak murid tergamak melakonkan aksi lucah dan porno sebagai pekerjaan sampingannya.

Profesor Universiti Buat Kerja Part Time Jadi Pelakon Lucah

Itulah yang berlaku apabila seorang pensyarah, Profesor Nicholas Goddard yang mengajar jurusan kejuruteraan kimia di Universiti of Manchester, United Kingdom turut bergelar bintang video porno.

Nicholas sudah 10 tahun menceburi kancah penerbitan video lucah secara serius dan separuh masa malah dia mempunyai nama samaran Old Nick.

Walau bagaimanapun, Profesor itu difahamkan sudah ‘cuci tangan’ daripada arena video lucah sejak Januari lalu.

Mengulas mengenai kegiatannya itu, Old Nick berkata: “Saya tak tahu apa pelajar dan ibu bapa mereka fikirkan mengenai pekerjaan sampingan saya.

“Tetapi kalau anak saya diajar oleh seorang bintang filem lucah, sudah tentu saya tidak kisah sama sekali”. – MYNEWSHUB.CC

No comments