Terkejut Wanita Ini, Disangka Anak Kucing Rupanya Bayi Dalam Beg
Kajang: "Saya terdengar bunyi seperti anak kucing di gerai sebelum menjumpai beg pakaian di atas tong air batu.
"Ketika membuka zip beg pakaian berwarna coklat itu, saya tergamam dan menggigil apabila di dalamnya ada bayi perempuan yang baru dilahirkan," kata Suhartini Hussin,40, peniaga makanan yang menemui beg pakaian berisi bayi perempuan di gerainya di Taman Kajang Mewah, di sini, pagi tadi.
Suhartini berkata, dia menemui bayi itu pada 6.50 pagi ketika bersama pembantunya membersihkan kawasan gerai untuk memulakan perniagaan.
Katanya, keadaan bayi itu baik, hanya ada sedikit darah di kepala kesan baru lahir dan tali pusatnya sudah dipotong.
“Sebak melihat keadaan bayi itu dan saya terus menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai penemuan berkenaan,” katanya ketika ditemui petang tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, bayi perempuan yang ditemui itu dibawa ke Hospital Kajang untuk dirawat.
“ Identiti ibu bayi itu sudah dikenal pasti dan kita sedang menjejakinya," katanya.
Menurutnya, ada satu lagi kes penemuan bayi dalam beg yang berlaku pada 1 Mac lalu di Semenyih.
"Dalam kejadian 7.20 malam itu, seorang wanita menemui beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan rumahnya di Jalan Semenyih.
"Selepas diperiksa, ada bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya," katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Sumber - Hmetro
Seorang wanita menemui bayi dalam beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan rumahnya di Jalan Semenyih. |

No comments
Post a Comment