Terkini

Wanita Dibakar Hidup-hidup Gara-gara Kahwin Dengan Kekasih Hati

RAJASTHAN - INDIA. Seorang wanita dibakar hidup-hidup hingga mati oleh abangnya kerana berkahwin dengan seorang lelaki dari kasta yang berbeza.

Wanita Dibakar Hidup-hidup Gara-gara Kahwin Dengan Kekasih Hati
Gambar Hiasan

Rama Kunwar, 30, telah berkahwin lari dengan kekasihnya lapan tahun lalu dan kembali semula ke kampungnya di sini pada hari Jumaat lalu, dengan harapan keluarganya telah memaafkannya kerana berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan mereka.

Namun, abangnya yang masih marah bertindak mengheret wanita itu keluar dari rumah mertuanya dan membakarnya di hadapan penduduk kampung.

"Wanita itu beranggapan bahawa ibu bapanya akan menerimanya semula tetapi sebaik sahaja abangnya mendapat tahu bahawa dia berada di kampung, mereka bergegas ke rumah itu dan mengheret dia keluar.

"Dia menangis meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang untuk menyelamatkannya. Mereka juga menjalankan pengebumian pada malam yang sama untuk memusnahkan bukti," kata pegawai kanan pentadbiran daerah Dungarpur Brijraj Singh.

Ibu mertua Kunwar bagaimanapun memaklumkan kepada polis yang bergegas ke tempat kejadian.

Seorang dari abang wanita itu bersama enam lelaki lain telah ditangkap dan pihak berkuasa masih mencari beberapa lagi suspek.


AFP/Sinar Online

No comments