Terkini

Ali Tinju Ditahan Berkaitan Insiden Di kompleks Beli-belah Kota Raya

KUALA LUMPUR: Seorang bekas tentera Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis mengenai kenyataan berbaur hasutan yang didakwa disebarkannya melalui aplikasi Whatsapp.

 Ali Tinju Ditahan Berkaitan Insiden Di kompleks Beli-belah Kota Raya

Kenyataan tersebut adalah berkaitan insiden kekecohan yang berlaku di kompleks beli-belah Kota Raya pada Jumaat lalu.

Bernama melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Mohd Ali, 44, ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan berkaitan bersubahat melakukan suatu kesalahan oleh orang ramai, atau dengan lebih daripada 10 orang.

Jumaat lalu, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan pengusaha kedai telefon bimbit terlibat dalam pergaduhan di aras bawah kompleks beli-belah tersebut.

Sebuah rakaman video kejadian berkenaan yang berdurasi 30 saat turut dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube.

Rakaman video itu menunjukkan beberapa lelaki bertegang urat dengan penjual di kedai telefon bimbit, sebelum memuncak menjadi pergaduhan fizikal, termasuk insiden kejar-mengejar, memukul dan juga mencampakkan kerusi ke dalam premis jualan.

astro

No comments