Terkini

Pegawai Tentera Darat Hilang Dihanyutkan Air Deras Di Missouri

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai tentera yang sedang menjalani kursus dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaikinya bersama empat rakan dari negara lain dihanyutkan air deras di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu.

Pegawai Tentera Darat  M'sia Hilang Dihanyutkan Air Deras Di Missouri

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi ketika mangsa, Kapten Hasman Hussin bersama empat rakannya menaiki sebuah kenderaan untuk bercuti.

Malangnya, kenderaan mereka dihanyutkan arus deras ketika mengharungi sebatang jalan yang dinaiki air akibat hujan lebat di Pulaski County.

Mayat empat rakan mangsa kemudian berjaya ditemui pasukan penyelamat manakala mangsa disahkan hilang.

Sementara itu, Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam satu kenyataan memberitahu, Hasman Hussin yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja berada di negara itu untuk menjalani kursus kejuruteraan di Fort Leonard Wood, Missouri.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakil Washington DC, Saiful Annuar mendapat maklumat kejadian itu pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan daripada wakil Jabatan Negara Amerika Syarikat yang memaklumkan pegawai itu hilang.

"Pada hari kejadian, Hasman dilaporkan bersama empat rakannya sedang bercuti dan kenderaan mereka dihanyutkan arus deras.

"Bagaimanapun keadaan Hasman masih belum dapat disahkan dan pihak pusat latihan berkenaan dan Keduataan Malaysia sedang berusaha mengesan pegawai tersebut," katanya dalam kenyataan tersebut di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak Markas Tentera Darat dan Pejabat Kerjasama Pertahanan Kedutaan AS di Kuala Lumpur sedang berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai pegawai tersebut.

Hasman mengikuti kursus Engineer Captains Career Course di Fort Leonard Wood sejak 1 Oktober 2015 sehingga 15 April tahun hadapan.

Fort Leonard Wood yang terletak di Missouri, AS merupakan pusat latihan ketenteraan bagi kepakaran dalam bidang kejuruteraan, logistik dan taktikal.


sumber- K! ONLINE


No comments