Terkini

Gara-gara Silap Pengumuman Hashtag #MissUniverse2015 Viral Di Media Sosial

Pusingan akhir pertandingan 'Miss Universe 2015' menjadi topik hangat di media sosial apabila pengacara majlis, Steve Harvey membuat kesilapan besar ketika mengumumkan nama pemenang pertandingan ratu cantik itu.

Gara-gara Silap Pengumuman Hashtag #MissUniverse2015 Viral Di Media Sosial
Ariadna menikmati detik kegembiraan sementara waktu sahaja

Steve telah tersilap mengumumkan nama peserta Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang Miss Universe 2015, yang mana gelaran itu sepatutnya diberikan kepada peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Lebih menyedihkan, pengumuman itu diikuti dengan upacara memakaikan mahkota kepada pemenang yang salah itu.

Namun, Ariadna hanya mampu menikmati detik kegembiraan itu buat sementara waktu sahaja selepas Steve segera tampil memohon maaf sambil memaklumkan kesilapan beliau mengumumkan pemenang.

"Ia adalah kesilapan saya," kata Steve sambil menunjukkan kad pemenang kepada media untuk membuktikan Ratu Filipina merupakan pemenangnya yang sebenar.

Perkara ini nyata mengelirukan serta mengejutkan penonton-penonton yang hadir.

Susulan itu, Hashtag #MissUniverse2015 mula viral di media sosial.

Menerusi hashtag tersebut, rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati kepada Ariadna kerana terpaksa berhadapan dengan situasi yang sebegini.

Menurut mereka, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.


Ratu cantik Filipina, Pia Alonzo dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Miss Universe 2015, dalam pusingan akhir yang berlangsung  di Planet Hollywood, Las Vegas

No comments