Terkini

Majikan Terhumban Dari Katil Akibat Dibom

Seorang pekerja dituduh cuba mengebom dua majikannya di Bossier Parish, Louisiana, Amerika Syarikat.

Majikan Terhumban Dari Katil Akibat Dibom
Pasangan Bobby dan Tracy 

Serangan awal pagi Isnin waktu tempatan itu menyebabkan pasangan Bobby dan Tracy Hewlett terhumban dari katil mereka.

Bukan mereka sahaja yang terhumban dari katil, termasuk juga beberapa ekor anjing peliharaan yang tidur bersama mereka.

Walau bagaimanapun kesemua mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Suspek utama ialah seorang pekerja penyelenggaraan, Douglas Holley, 54.

Holley difahamkan telah meletakkan bahan letupan di bawah katil mangsa.

Dia kini berdepan dengan pertuduhan cubaan membunuh dan membuat bom.

Majikan Terhumban Dari Katil Akibat Dibom
Rumah di mana kejadian letupan bom berlaku



dipetik dari mailonline

No comments