Terkini

Runtuhan Tanah Di China, Mayat Pertama Berjaya Di Bawa Keluar

SHENZHEN: Pasukan penyelamat pada Selasa berjaya menarik keluar satu mayat daripada timbunan sisa runtuhan bangunan dalam insiden tanah runtuh di China yang menimbusi lebih 30 bangunan di sebuah zon perindustrian di Shenzhen, lapor Reuters.

Runtuhan Tanah Di China, Mayat Pertama Berjaya Di Bawa Keluar

Mayat mangsa pertama tragedi itu berjaya dikeluarkan selepas usaha mencari dan menyelamat lebih 80 mangsa dijalankan sepanjang malam menggunakan dron dan jentera berat.

Dalam kejadian tersebut, banjir lumpur dan sisa pembinaan menenggelamkan 33 bangunan di Tapak Perindustrian Hengtaiyu di selatan bandar Shenzhen pada Ahad, menurut agensi berita Xinhua.

Pekerja penyelamat melakukan pencarian dibantu anjing pengesan di kawasan seluas 380,000 meter persegi (94 ekar) yang diterangi dengan lampu simbah, membabitkan penggalian sedalam 10 meter.

Dilaporkan jumlah mangsa yang masih hilang lewat Isnin malam ialah sebanyak 85 orang.

Dalam kejadian pada Ahad itu, kira-kira 900 orang sempat dipindahkan sebelum insiden tanah runtuh dan banjir lumpur berlaku.

Tragedi yang mengakibatkan lebih 90 orang hilang itu turut menyebabkan letupan gas.



dipetik dari astro

No comments