Terkini

Wanita Terkejut Terima Panggilan Dari Angkasa Lepas

LONDON: Angkasawan Britain pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa, Tim Peake yang kini berada di angkasa lepas telah mendail nombor yang salah ketika cuba menghubungi rumah keluarganya sempena sambutan Hari Krismas.

Wanita Terkejut Dapat Panggilan Dari Angkasa Lepas
Peake 43, angkasawan Britain pertama ke stesen angkasa selepas berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan


Panggilan itu disambut oleh seorang wanita dan Peake memulakan perbualan dengan bertanya “Hello, adakah ini planet bumi?”

Peake kemudiannya memuat naik permohonan maaf kepada wanita tersebut di atas insiden berkenaan di Twitter pada Khamis.




Peake 43, menjadi angkasawan Britain pertama ke stesen angkasa selepas berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan awal Disember lalu untuk misi angkasa lepas selama enam bulan.- AFP


No comments