Terkini

Presiden Selamatkan Cubaan Bunuh Diri Rakyatnya

Istanbul: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan di sini.

Presiden Selamatkan Cubaan Bunuh Diri Rakyatnya
Presiden Selamatkan Cubaan Bunuh Diri Rakyatnya

Satu rakaman televisyen menunjukkan konvoi yang membawa Recep berhenti di Jambatan Bosporus di sini selepas beliau melihat seorang lelaki berdiri di tepi jambatan.

Polis dilaporkan memujuk lelaki itu dikenali sebagai Vezir Cakras selama dua jam sebelum konvoi Recep melalui jambatan berkenaan. Beberapa pengawal dilihat segera menghampiri Vezir dan memberitahu Recep mahu berjumpanya.

Vezir yang terkejut kemudian turun dari tepi jambatan dan dibawa berjumpa Recep yang duduk dalam kenderaannya dan masih bercakap di telefon.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Vezir terus menangis apabila dia melihat Recep. Seorang pegawai berkata, Vezir memberitahu Recep dia mahu membunuh diri kerana tertekan akibat masalah keluarga.

“Recep menasihati lelaki itu dan beliau juga berjanji untuk membantu mangsa. Beliau juga mengarahkan pihak berkaitan untuk membantu masalah lelaki itu.

“Vezir mengucapkan terima kasih kepada Recep dan beliau meneruskan perjalanannya untuk urusan rasmi,” katanya. Menurut media tempatan, ramai mangsa maut dalam cubaan membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Bosporus pada setiap tahun.

dipetik dari mymetro

No comments