Terkini

Putera Sulung Pasangan Diraja Britain Ke Tadika Tahun 2106

LONDON: Putera sulung pasangan diraja Britain, Putera George akan memulakan sesi prasekolah di tadika persendirian Westacre pada akhir Januari depan.

Putera Sulung Pasangan Diraja Britain Ke Tadika Tahun 2106

Menurut kenyataan Istana Kensington, ibu dan bapanya, Putera William dan Puteri Kate memilih tadika yang terletak beberapa minit pemanduan dari Amber Hall iaitu kediaman keluarga itu di Norfolk.

Sempena pengumuman itu juga William dan Kate mengedarkan gambar rasmi yang digunakan untuk kad Krismas mereka tahun ini.

Gambar itu menunjukkan pasangan terbabit bersama kedua-dua anak mereka di laman Istana Kensington yang dirakam pada akhir Oktober lalu oleh jurugambar Chris Jelf.

Jurucakap istana berkata, William dan Kate sangat menghargai semua kiriman ucapan kepada keluarga mereka pada tahun ini dan tidak sabar meraikan Krismas sebagai satu keluarga buat pertama kali sejak kelahiran Puteri Charlotte.

William dan Kate kini membahagikan masa antara Anmer di Sandringham Estate dan Istana Kensington di sini.

Namun, mereka memilih tadika tempatan bagi pendidikan awal George kerana lebih hampir memandangkan William bertugas sebagai juruterbang helikopter ambulans di East Anglia.

George yang menduduki tangga ketiga senarai pewaris takhta Britain akan menghadiri tadika itu sepenuh masa pada sebelah pagi.

William berharap sekolah yang terletak di East Walton, sebuah kawasan persendirian itu akan membolehkan anaknya yang berusia dua tahun setengah belajar tanpa gangguan.

No comments