Terkini

Hubungan Seks...Masa Yang Tepat?

Tahukah anda terdapat waktu-waktu yang sesuai untuk anda dan suami melakukan hubungan seks? Hubungan bersama pasangan juga perlu diatur dengan jarak masa yang sesuai.

Hubungan Seks...Masa Yang Tepat?

Bukan itu sahaja, melakukan seks dengan aturan masa yang betul mampu memberikan satu impak yang cukup luar biasa. Ketahui waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks.

Tengah Malam
Bagi anda yang mengalami insomia, tidak salah jika mahu memujuk suami anda untuk melakukan hubungan seks kerana sesi intimasi sebegini boleh meredakan insomia dan membolehkan anda tidur dengan lebih nyenyak.

Pagi Hari
Juga tiada peraturan tetap mengatakan, seks hanya pada waktu malam. Apa kata anda dan suami peruntukkan sedikit waktu pagi untuk melakukan ‘morning sex’ kerana pada pagi hari, lelaki lebih terangsang secara normal.

Sebelum Menstruasi
Tidak ramai yang tahu bahawa melakukan hubungan seks sebelum menstruasi dapat membantu mengurangkan rasa sakit akibat mahu datang bulan.

Hujung Minggu
Manfaatkan cuti hujung minggu anda dengan menyuntik tenaga ke dalam badan dengan melakukan hubungan seks.

Sebelum Pergi Kerja
Sebelum anda berangkat ke tempat kerja, luangkan sedikit masa untuk melakukan hubungan seks dengan suami anda. Beberapa hormon aktif akan dilepaskan dan sekaligus membuatkan anda berasa lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang hari.



No comments