Terkini

Simpati...Adik Siti Nur Menderita Sakit Tulang Rapuh Sejak Lahir

Kuantan: “Tabahlah wahai anak, sudah nasibmu begitu,” mungkin itu dipendam seorang ibu tunggal, Siti Noor Badariah Mohd Nor, 38, mengenai keadaan anaknya yang menghidap penyakit tulang rapuh sejak lahir selain mengalami kesan melecur selepas disambar api pelita minyak tanah, dua tahun lalu.

Simpati...Adik Siti Nur Menderita Sakit Tulang Rapuh Sejak Lahir

Dalam usia terlalu muda, kanak-kanak malang itu, Siti Nur Ain Maisarah Fairuszlan, 8, menerima dugaan berat apabila pernah mengalami patah tulang sebanyak 12 kali termasuk patah peha ketika dalam kandungan akibat penyakit dihidapinya itu.

Disebabkan penyakit berkenaan, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, di sini, itu hanya mampu menginsot dan terpaksa menggunakan kerusi roda, malah dia perlu menjalani rawatan setiap tiga bulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur namun rawatan itu ditangguhkan sejak kejadian dia disambar api.

Dalam kejadian pada Ogos dua tahun lalu iaitu dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, anak ketiga daripada empat beradik itu melecur sebahagian badannya termasuk muka selepas pelita yang dibawa sepupunya terjatuh ke badan kanak-kanak terbabit.

Akibat kejadian itu, dia dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selama dua bulan dan mengambil masa setahun untuk sembuh sepenuhnya selain dijadualkan menjalani pembedahan plastik di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh pada Mac tahun depan.

Menurut ibunya, pembedahan itu bagi memulihkan wajah anaknya terutama di bahagian mulut kerana kanak-kanak terbabit tidak dapat bercakap atau makan dengan sempurna akibat kesan melecur pada anggota berkenaan sekali gus mengganggu rutin hariannya.

“Kami bernasib baik kerana anak saya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain kos pembedahan itu juga akan ditanggung oleh pihak berkenaan.

“Namun, saya sangat memerlukan bantuan membeli kerusi roda automatik bernilai RM7,000,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Siti Noor Badariah di talian 017-9034919.

sumber,hmetro

No comments