Terkini

Ratu Rock Negara Berura-ura Nak Ambil Anak Angkat

KUALA LUMPUR: Ratu Rock negara, Ella tidak menolak kemungkinan untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri rumah tangga yang dibinanya sejak tiga tahun lalu.

Ratu Rock Negara Berura-ura Nak Ambil Anak Angkat

Menurut Ella atau Norzila Aminuddin, 49, hasrat itu lahir disebabkan teruja dan seronok selepas melihat ramai rakan seperjuangannya berbuat demikian.

"Memang ada perancangan untuk kami mengambil anak angkat, tetapi bukan dalam waktu terdekat kerana ketika ini Ella sedang sibuk," katanya sewaktu ditemui pada majlis sidang media persembahan sempena Minggu Setiausaha di sebuah pusat beli-belah di sini, sebentar tadi. Hadir sama, suaminya, Kapten Azhar Husaini, merangkap Pengarah Persembahan dan komposer, Edrie Hashim, yang bertindak sebagai Pengarah Muzik persembahan itu.

Menurut penyanyi Sembilu dan Sepi Sekuntum Mawar Merah ini, walaupun dia dan suami sering diajukan pertanyaan mengenai cahaya mata, namun masing-masing bersikap positif dan tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai bebanan buat mereka.

"Ella percaya dengan rezeki. Jika Allah mengurniakan kami zuriat, kami terima dengan rasa syukur. Bagaimanapun jika sebaliknya berlaku, kami tetap menganggapnya sebagai satu pemberian daripada-Nya. Pasti ada rahmat di sebalik semua itu," ujarnya.

Azhar pula berkata, sama ada mereka dikurniakan cahaya mata ataupun tidak, kasih sayang dan rasa cintanya terhadap penyanyi terbabit sesekali takkan tergugat.



sumber,bharian

No comments