Terkini

Kejadian Kebakaran Kereta Tiada Kaitan Dengan Letupan Bom.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian kebakaran kereta berdekatan dengan Stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya tiada kaitan dengan letupan bom.


Dalam tweetnya, Khalid memaklumkan siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan enam buah kereta itu dipercayai perbuatan khianat.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

Dua buah kereta musnah manakala empat lagi kereta hampir musnah selepas parkir kereta berhampiran Stesen LRT Taman Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya mengalami kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi

"Kebakaran melibatkan enam buah kereta yang diletakan di parkir, Toyota Vios dan Proton Wira musnah 100 peratus; Suzuki Swift musnah 80 peratus; Proton BLM musnah 70 peratus; Proton Gen2 musnah 20 peratus dan Honda musnah 20 peratus," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, Prasarana dalam satu kenyataan berkata, kebakaran yang berlaku di parkir bersebelahan dengan Stesen LRT Taman Jaya itu tidak menjejaskan perjalanan perkhidmatannya.

“Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi LRT tidak terjejas dan ia berjalan seperti biasa,” petik kenyataan itu.




sumber,sinarharian

No comments