Terkini

3 Maut, Kereta Terbabas Masuk Gaung

MUAR: Tiga termasuk dua wanita maut, manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terjatuh ke gaung dan merempuh pokok sawit di Jalan Kangkar Senanga menghala ke Pagoh di sini, pagi tadi.

3 Maut, Kereta Terbabas Masuk Gaung

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ibnul Kasim Ahmad Abd Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.13 pagi tadi.

Katanya, sebuah jentera bersama kekuatan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kemalangan itu.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta pelbagai guna yang dipercayai terbabas dan masuk ke gaung sebelum merempuh pokok sawit.

3 Maut, Kereta Terbabas Masuk Gaung

"Dua wanita berusia lingkungan 30 dan 50-an serta seorang lelaki berusia 30-an maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut berhubung mangsa masih dalam siasatan dan belum dapat disahkan.

BHarian

No comments