Terkini

(Video) Seram Tengok Ular Ni, Dah Disiat Dibuang Perut Melawan Lagi

Louisiana: Seorang tukang masak terkejut apabila orok-orok yang sudah dibunuh, disiat kulit dan dibuang organ dalaman tiba-tiba ‘hidup semula’ sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.

Ular orok-orok yang melawan walaupun telah disiat dan dibuang perutnya

Ular yang mengeliang-geliut itu seolah-olah mahu membalas dendam dan dilihat berlingkar serta bergerak di atas papan pemotong yang dipenuhi darahnya.

Malah pada satu ketika bangkai ular itu dilihat seperti mahu membelit pisau digunakan tukang masak berkenaan.


Tukang masak itu yang nyata terkejut kedengaran berkata: “Ular itu sudah mati dan dibuang isi perutnya.

“Tetapi tengoklah, dia masih enggan mati. Ular ini nampak begitu marah. Pada hal isi perutnya sudah kosong. Memang gila!”


No comments