Terkini

Gara-gara Mesin Tak Kenal "Mangsa" Tangan Kanak-kanak Tersangkut 6 Jam

MELBOURNE  – Seorang kanak-kanak lelaki melalui detik-detik mencemaskan apabila tangannya tersangkut pada sebuah mesin layan diri selama hampir enam jam sebelum diselamatkan.

Gara-gara Mesin Tak Kenal "Mangsa" Tangan Kanak-kanak Tersangkut 6 Jam
Bomba mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk mengeluarkan tangan Leo yang tersangkut

Menurut portal UPI, kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Melbourne kelmarin, apabila mangsa, 4, yang hanya dikenali sebagai Leo, cuba menggapai makanan yang terdapat di dalam mesin tersebut.

Tangan Leo tersangkut pada sistem antikecurian yang dipasang pada mesin berkenaan dan pasukan penyelamat terpaksa memberikannya ubat penenang sebelum memulakan proses memotong mesin itu.

Malah pasukan penyelamat memberikannya telefon pintar untuk menonton rancangan kartun bagi melekakan anak-kanak tersebut, sekali gus melancarkan proses penyelamatan.

Bapanya, Aaoron Shorthouse menjelaskan, anaknya itu tidak pernah melihat mesin layan diri sebelum ini dan cuba mengambil bungkusan biskut di dalam kemudahan berkenaan yang disangka percuma.

“Kami tinggal di kawasan yang jauh dari bandar iaitu di Arnhem Land dan buat kali pertama Leo melihat mesin tersebut.

“Usaha mengeluarkan tangan Leo mengambil masa lima jam setengah dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


sumber-UtusanOnline

No comments