Baranin Dikatakan Pelontar Bola Paling Jauh Di Dunia, Tapi Disia-siakan
IPOH – Kebolehan luar biasa pemain pasukan Kuantan FA, Ljuba Baranin melakukan lontaran ke dalam hingga lebih 40 meter ketika perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Perak di Stadium Perak kelmarin menjadi perhatian peminat.
Hampir semua bola lontaran ke dalam pasukan Kuantan FA dilakukan oleh Baranin, menyaksikan bola sampai hingga ke kawasan penalti pasukan Perak.
Lontaran Baranin paling jauh ialah dari kawasan tempat duduk pemain simpanan yang jaraknya lebih 40 meter hingga ke kotak penalti pasukan Perak.
Namun kelebihan Baranin itu gagal dimanfaatkan oleh rakan sepasukan apabila tiada gol dihasilkan menyebabkan Kuantan FA tersingkir apabila kalah 0-1 hasil jaringan penyerang dari Uzbekistan, Vokhid Sodhiev pada minit ketiga perlawanan.
Kebolehan luar biasa Baranin itu pernah dilaporkan oleh akhbar terkemuka Britain, Mirror dan dia dikatakan boleh melontar bola sejauh 50 meter.
Terdapat juga laman web yang menyifatkan Baranin mungkin pemain bola sepak yang melakukan lontaran ke dalam paling jauh di dunia.
Antara pemain terkenal yang memiliki kemampuan melakukan lontaran jauh ialah bekas pemain Stoke City dan skuad kebangsaan Ireland, Rory Delap.
Ditanya mengenai kebolehan luar biasanya itu, pemain kelahiran Serbia berusia 30 tahun itu berkata, kemampuannya itu semula jadi tetapi diasah sejak kecil dengan latihan untuk menguatkan otot.
“Saya agak terkejut tetapi gembira apabila penonton bertepuk tangan setiap kali saya melakukan lontaran. Ini memberikan saya semangat.
“Ya... kadang-kala lontaran menjadi (menghasilkan gol), kadang-kala tidak. Pada malam ini penjaga gol Perak cemerlang untuk menafikan peluang yang saya berikan kepada rakan sepasukan di dalam kawasan penalti menerusi lontaran ke dalam,” katanya.
UtusanOnline
Ljuba Baranin |

No comments
Post a Comment