Terkini

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016

Pada 9 Mac 2016, Gerhana Matahari Penuh akan berlaku di Sumatera, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik.

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016
Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016

Lintasan bayang umbra Bulan akan merentasi Indonesia dari Sumatera hingga ke Kepulauan Maluku di timur sebelum ia memasuki kawasan Lautan Pasifik.

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016
Lintasan Gerhana Matahari Penuh Merentasi Bumi pada 9 Mac 2016 (laluan tengah -berwarna merah)
Tempoh Gerhana Matahari Penuh pada kali ini ialah 4 minit 9 saat dengan magnitud gerhana 1.045. Gerhana Matahari Penuh ini berlaku 1.2 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi atau kedudukan “perigi”.

Gerhana Matahari Separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra Bulan yang lebih luas (kawasan di atas dan di bawah daripada laluan tengah Gerhana Penuh Matahari yang diwarnakan merah seperti di rajah 1) meliputi Asia Timur, Australia dan Lautan Pasifik termasuklah juga Malaysia yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang hanya setakat 70% - 90% litupan ke atas keseluruhan permukaan Matahari.

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016
 Lintasan Gerhana Matahari Penuh pada 9 Mac 2016 Melalui Indonesia

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit. Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 a.m. hingga 9:30 a.m.

Secara amnya, Gerhana Matahari berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi menyebabkan Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam Rajah di bawah.

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016
Geometri Gerhana Matahari
Catatan:-
Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa bermula pada jam 7:24 a.m. apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari. Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati sukar mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan mulai menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit tua sehingga litupan maksimum tercapai pada jam kira-kira 8:24 a.m.. Ketika sentuhan akhir pada jam 9:31 a.m., bayangan Bulan mula hilang secara perlahan. Keadaan Gerhana Matahari Separa yang berlaku di Malaysia boleh dirujuk pada Jadual 1. Rajah di bawah menunjukkan apa yang akan kita lihat dari Kuala Lumpur.

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016
Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016.

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia pada 9 Mac 2016
Jadual 1


Sumber - Web Rasmi Planetarium Negara

No comments