Terkini

Pemandu Lori Maut Tercampak Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori maut selepas tercampak dari kenderaannya yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 405.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Lembah Beringin,

Pemandu Lori Maut Tercampak Di Lebuh Raya
Pemandu, Ammar Maruf Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Ammar Maruf Ibrahim, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata ketika kejadian mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari arah utara membawa muatan kabel elektrik.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal kenderaannya yang berada di lorong tengah lalu berpusing sebelum terbabas di bahu kiri jalan.

"Akibatnya, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Kemalangan turut menyebabkan lorong kiri lebuh raya terhalang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Supramaniam berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


BHarian

No comments