“Saya Tak Mahu Lihat Negara Diurus Orang Yang Banyak Lakukan Kesalahan” - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan terus bersuara dan mendedahkan salah laku Najib walaupun berada di luar parti UMNO.
“Saya tidak mahu melihat negara diuruskan oleh seseorang yang telah banyak melakukan kesalahan,” katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan ia tidak bermakna beliau akan menyertai mana-mana parti pembangkang untuk berbuat demikian.
In kerana, Mahathir akui jiwanya masih bersama UMNO dan sebab beliau keluar parti adalah kerana ia menjadi parti milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya tidak berkongsi pandangan dan apa yang dijuangkan mereka (parti pembangkang). Perjuangan saya hanyalah UMNO tetapi ia kini sudah menjadi parti milik Najib,” katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.
Mahathir juga tidak menolak akan menimbang semula untuk kembali kepada UMNO apabila Najib meletakkan jawatan atau disingkir daripada kedudukan Presiden parti.
Susulan kepada pengumuman Mahathir untuk keluar Umno semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjemput bekas perdana menteri itu untuk menyertai parti itu jika “berminat untuk bersama memperjuangkan Islam sebagai dasar bernegara”.
- Free Malaysia Today
“Saya Tak Mahu Lihat Negara Diurus Orang Yang Banyak Lakukan Kesalahan” - Tun Mahathir |

No comments
Post a Comment