Terkini

(Video) Dirempuh Troli Di Atas Eskalator, Ibu Dan Anak Nyaris Maut

Video insiden yang hampir meragut nyawa seorang ibu dan anak apabila mereka telah dirempuh oleh troli beli belah ketika mengunakan eskalator.

(Video) Dirempuh Troli Di Atas Eskalator, Ibu Dan Anak Nyaris Maut

Video yang berdurasi 40 saat ini memperlihatkan ibu dan anak itu pergi ke tingkat bawah pusat membeli belah menggunakan eskalator dan secara tiba-tiba troli tersebut meluru dari arah belakang mereka.

Akibat dari rempuhan tersebut, si ibu yang dikenali Cik Xu telah pengsan dan anaknya mengalami kecederaan di kepala.


Dalam pada itu, pusat membeli belah tersebut enggan bertanggungjawab kerana menurut mereka insiden tersebut berlaku kerana kecuaian seorang pemuda yang telah melarikan diri.

Pihak polis masih sedang cuba untuk mengesan pemuda yang melarikan diri itu.


No comments