Terkini

Video : Saat Cemas Penumpang Pesawat Etihad Selepas Pesawat Bergolak Di udara

JAKARTA: Tiga puluh satu penumpang penerbangan Etihad cedera selepas pesawat itu terperangkap dalam golakan udara.


Insiden memaksa pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

Jurucakap Etihad memaklumkan bantuan perubatan dikerah ke lapangan terbang tersebut sebaik pesawat selamat mendarat.

Dua puluh dua penumpang dilapor mengalami cedera ringan dan dirawat di lapangan terbang manakala sembilan yang lain dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.


Pesawat jenis Airbus A330-200 itu dalam perjalanan dari Abu Dhabi ke Jakarta.

Golakan udara berkenaan dilaporkan berlaku 45 minit sebelum pesawat tersebut dijadualkan mendarat.

AstroAwani

No comments