Berang Ditegur, Anak Ugut Bunuh Dan Rogol Ibu Sendiri
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana mengugut untuk membunuh dan merogol ibunya sendiri dalam satu kejadian di Flat Danau Kota, Setapak di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira- kira pada pukul 9 malam itu, suspek yang berusia 45 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian selepas ditegur ibunya kerana kerap mabuk dan mengambil dadah.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pada mulanya ibunya yang berusia 59 tahun menegur perbuatan tidak bermoral anaknya itu.
“Namun suspek yang berang selepas ditegur bertindak mengambil pisau lalu mengacukan ke arah ibunya dan mengugut mahu membunuh serta merogol wanita tersebut.
“Akibat terkejut dan takut akan tindakan anaknya itu, ibunya bertindak mengunci pintu rumah dari luar menggunakan mangga dan terus melarikan diri sambil meminta bantuan lalu membuat laporan di Balai Polis Setapak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Tambah Mohamad Roy Suhaimi, susulan laporan tersebut, pihak polis bergegas ke rumah pengadu dan bertindak memberkas suspek sebelum di bawa ke Balai Polis Setapak.
Katanya lagi, polis berjaya merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mengugut ibunya sendiri dan polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut. – K! ONLINE

No comments
Post a Comment