Terkini

Ibu Campak Anak Dari Apatment Gara-gara Panik Berlaku Kebakaran

PYEONGTAEK - KOREA SELATAN. Kerana terlalu panik, seorang ibu bertindak mencampak anak-anaknya dari tingkat empat sebuah bangunan yang marak terbakar.

Ibu Campak Anak Dari Apatment Gara-gara Panik Berlaku Kebakaran

Menurut Dailymail, klip video yang merakam kejadian Jumaat lepas menjadi viral di laman sosial.

Dalam video tersebut, bayi berusia 3 bulan dan kanak-kanak berusia 3 dan 4 tahun dicampak keluar sebelum disambut oleh kakitangan markas tentera Amerika Syarikat (AS).

Kakitangan markas Osan Airbase menyedari satu kebakaran sedang berlaku dan terus menubuhkan pasukan penyelamat bersama tentera.

Difahamkan, mangsa, Precious Enyioko, 30 didorong untuk mencampak anak-anaknya selepas orang ramai membuat kawasan berupa selimut dan pakaian untuk mangsa terjun dengan selamat.


"Sangat sukar untuk mencampakkan anak saya," kata Enyioko ketika ditemuramah.

Kata mangsa, asap tebal menyukarkan pandangan malah anak-anaknya batuk dan menangis ketika kejadian.

"Bila saya nampak petugas tentera berada dibawah, saya rasa betul-betul bersyukur," kata Enyioko.

Suami Enyioko, Prince meluahkan rasa terima kasih kepada petugas markas tentera Osan dan orang ramai yang menyelamatkan isteri dan anak-anaknya.

"Saya betul-betul berterima kasih terhadap tindakan pantas petugas tentera dan orang ramai," kata Prince yang berasal dari Nigeria.


SinarOnline

No comments