Terkini

"Mati Katak" Waris Gadis Mati Kemalangan Sedih Tiada Saksi Tampil

JOHOR BAHRU - “Kami sekeluarga bukan tak reda pemergian arwah adik, namun tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi ke atasnya,” kata Azlini Ahmad, 24, yang kehilangan adiknya pada 28 April lalu, dipercayai akibat dilanggar lari.

"Mati Katak" Waris Gadis Mati Kemalangan Sedih Tiada Saksi Tampil

Menurut Azlini, adik bongsunya, Azwan Ahmad, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam nahas di Lebuhraya Utara-Selatan menuju Johor Bahru di Kilometer 205.5.

“Arwah adik saya sebelum ini bekerja sebagai juruteknik di Kajang dan ingin cari pekerjaan baharu di Johor Bahru.

“Kira-kira jam 9 pagi, dia memaklumkan berada di Seremban menuju ke Johor, namun WhastApp dia saya tak balas kerana sibuk. Tapi bila saya nak balas, rupanya dia dah pergi selamanya,” katanya.

Azlini berkata, dia hanya tahu kemalangan menimpa adiknya itu kira-kira jam 11.45 daripada polis.

“Saya dan ibu pada mulanya tak percaya berita tersebut sehinggalah pengecaman mayat dibuat.

“Keadaan arwah adik begitu menyayat hati, kepalanya hancur yang berkemungkinan dilanggar kenderaan berat.. tapi jaket yang dipakai tak sedikit pun terkoyak.

“Malangnya, arwah adik tidak mempunyai lesen motosikal untuk sebarang tuntutan insurans atau sebagainya. Tapi kami sekeluarga terlalu ingin tahu kejadian sebenar dan minta mana-mana saksi kejadian tampil memberi maklumat kerana adik ibarat 'mati katak’,” katanya.

Tambahnya, kali terakhir bertemu Allahyarham Azwan pada empat hari sebelum kejadian ketika dia bersama rakannya berkunjung ke rumahnya di sini, bagi meraikan ulang tahun kelahiran adiknya itu.


SinarOnline

No comments