Terkini

Yuna "Sekolahkan" Remaja Yang Tegur Caranya Berpakaian

Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat, Yuna ataupun nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai hari ini 'mendidik' seorang pengguna internet yang menegur cara pemakaiannya di laman Instagram.

Yuna "Sekolahkan" Remaja Yang Tegur Caranya Berpakaian

Seorang netizen, xxsjune menegur Yuna selepas beliau berkongsi sekeping gambarnya mengenakan pakaian yang telah dimuat naik oleh penyanyi itu pada 12 April lalu.

“Perbaiki cara kamu berpakaian ye kak,” komen xxsjune di bawah gambar tersebut.

Yuna "Sekolahkan" Remaja Yang Tegur Caranya Berpakaian

Penyanyi yang kini menetap di Los Angeles itu kemudiannya membalas komen remaja berkenaan hari ini dengan meninggalkan komen di bawah gambar milik xxsjune di akaun Instagramnya.

Yuna memilih untuk menegur remaja tersebut pada foto yang memaparkan gambar remaja tersebut bersama dua rakannya, seorang daripada rakan remaja itu dilihat tidak mengenakan tudung dan seorang lagi berlengan pendek.

Yuna "Sekolahkan" Remaja Yang Tegur Caranya Berpakaian

Menerusi komennya, Yuna mempersoalkan budi bahasa remaja itu yang menggunakan panggilan ‘kamu’ merujuk kepada penyanyi tersebut.

“Salam adik, saya tidak tahu kenapa adik boleh pakai ‘kamu’. Awak tahu kan saya ini 10 tahun lagi tua. Kalau awak nampak saya depan-depan, awak cakap macam itu ke? Tak kan?” soal Yuna.

Peyanyi berusia 29 tahun itu turut menasihati remaja itu untuk tidak menilai orang lain dengan sewenang-wenangnya .

“Jangan terlalu negatif ok. Saya pakai macam mana pun, saya masih baik. Macam kawan-kawan adik juga.

“Bila adik dah besar sikit, adik akan faham.

“Jangan buruk sangka orang yang pakai lain sikit dari adik,” sambung Yuna.

Walau bagaimanapun, foto di akaun Instagram xxsjune telah pun dipadamkan susulan peminat Yuna mula membanjiri ruangan tersebut.


AstroAwani

No comments