Terkini

Gadis Warga Malaysia Miliki RM18.52 juta Sekelip Mata

Sydney: Seorang pelajar perempuan warga Malaysia menjadi jutawan sekelip mata apabila wang berjumlah AS$4.6 juta (RM18.52 juta) secara tidak sengaja dimasukkan ke akaun banknya empat tahun lalu.

Gadis Warga Malaysia Miliki RM18.52 juta Sekelip Mata
Christine Jiaxin Lee


Bagaimanapun, Christine Jiaxin Lee, 21, ditahan di Lapangan Terbang Sydney pada Rabu lalu ketika cuba pulang ke Malaysia selepas mengetahui polis menyiasat kejadian itu.

Sebuah bank di Australia dilaporkan secara tidak sengaja memasukkan wang berkenaan dalam bentuk overdraf ke akaun Christine empat tahun lalu ketika dia berusia 17 tahun.

Christine dikatakan membelanjakan sebahagian wang berkenaan untuk membeli beg tangan berjenama dan barangan mewah lain.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret Waverley semalam atas tuduhan secara curang memiliki kelebihan kewangan secara penipuan dan mengetahui berurusan dengan perolehan jenayah.

HMetro

No comments