Terkini

Cerita Artis....Lagi Cerita Tentang Farahdhiya

.BEGITULAH antara lirik lagu Bertaktha Di Hati yang cukup popular sekitar tahun 2004 yang menjadi salam perkenalan daripada wanita bernama Farahdhiya ini ke dalam industri seni.

Cerita Artis....Lagi Cerita Tentang Farahdhiya


Bahkan kerana lagu tersebut jugalah, Farahdhiya mula dikenali dan lagu tersebut terus menjadi siulan sehingga kini.

Mempertaruhkan dua buah album menerusi Bertakhta Di Hati (2004) dan Yang Ku Puja (2006), Farahdhiya kemudiannya mula berjinak dengan bidang lakonan menerusi beberapa drama popular seperti Spa Q, Anissa, Ku Milikmu dan banyak lagi.

Tidak terhad setakat nyanyian dan lakonan, Farahdhiya kemudiannya turut berkecimpung di dalam bidang pengacaraan menerusi beberapa program seperti Jaguh Futsal.

Namun entah mengapa, tuah Farahdhiya di dalam bidang seni tidak sebaik seperti beberapa selebriti lain.

Jika ada pun kisah yang dimainkan di dada media, ia pasti melibatkan isu kontroversi sehinggakan orang mula melupakan bakat yang dimiliki oleh anak kelahiran Sarzana, Itali ini.

Tidak pernah mengenal erti putus asa, Farahdhiya masih terus setia berkecimpung di dalam bidang seni dan ternyata keputusannya itu tepat.

Buktinya, penglibatan pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohd Amin ini di dalam program Gegar Vaganza musim kedua berjaya membuka mata ramai pihak akan bakatnya itu.

Bahkan juri tetap program berkenaan, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim menyifatkan Farahdhiya sepatutnya meneruskan karier nyanyiannya.

Masakan tidak, saban minggu, Farahdhiya tidak pernah gagal memberikan persembahan mantap termasuk persembahannya pada minggu ketujuh menerusi lagu Enter Sandman nyanyian asal kumpulan rock antarabangsa, Metallica, yang mendapat pujian bukan sahaja daripada juri, bahkan penonton setia rancangan itu.

Biarpun kurang sihat pada malam tersebut, Farahdhiya berkata, dia melahirkan rasa syukur kerana segalanya dipermudahkan.

"Alhamdulillah, ALLAH SWT permudahkan tugas saya semalam (Ahad), syukur sangat. Saya cuba yang terbaik untuk memastikan suara saya keluar dan tampilkan persembahan yang terbaik," katanya kepada Zass menerusi aplikasi WhatsApp.


Menjadi antara peserta kegemaran ramai dan namanya juga disebut-sebut sebagai pencabar bagi peserta lain dan dikatakan antara peserta yang akan ke pentas akhir, wanita berusia 31 tahun ini menegaskan dia enggan memikirkan perkara itu.

"Sejujurnya saya tidak pernah memikirkan semua itu. Mengenai peserta pilihan, saya tak berani nak komen sebab saya tak rasa begitu dan saya tak nak fikir perkara yang boleh membuatkan saya tertekan.

"Saya anggap semua peserta sebagai pencabar kuat saya dan kami semua memang bersaing dan cuba lakukan yang terbaik setiap minggu. Tapi persaingan kami, persaingan yang sihat kerana kami semua ibarat satu keluarga dan banyak bertukar pendapat.

"Malah saya sendiri memang setiap minggu mahu buat yang terbaik supaya setiap persembahan saya diingati sampai bila-bila," katanya.

Teruskan perjalanan

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Farahdhiya berkata, kalah atau menang dalam program tersebut, dia tetap meneruskan karier seninya selepas ini.

"Mengenai karier nyanyian saya selepas ini, apa yang boleh saya katakan saya akan beri yang terbaik dan teruskan karier saya sebagai penyanyi.

"Saya juga merancang untuk mengeluarkan lagu-lagu baru selepas ini, Insya-ALLAH," ujarnya.

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Farahdhiya berkata, di sebalik kesibukannya dengan tugasan setiap minggu di Gegar Vaganza, dia juga kini dalam proses penggambaran drama terbaharu lakonannya, Bodyguard sebanyak 20 episod untuk siaran TV3.

"Saya akui memang pening dan rasa macam bukan masa yang tepat bila penggambaran bermula ketika saya sibuk dengan Gegar Vaganza.

"Tapi saya dah janji untuk terlibat dengan pembikinan drama ini sebelum menyertai Gegar Vaganza lagi.

"Jadi saya buat sajalah, lagipun ini rezeki ALLAH SWT bagi, kita kena terima.

"Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Nasha, bos di sebuah syarikat yang membekalkan pengawal peribadi (bodyguard)," akhirinya.

No comments