Terkini

Gempar!!...Doktor Sebarkan HIV, menyebabkan kematian

PHNOM PENH - KEMBOJA. Seorang doktor tidak berlesen di Kemboja, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun selepas didapati bersalah menjangkiti lebih 200 orang dengan HIV, termasuk menyebabkan kematian di antara mereka.

Gempar!!...Doktor Sebarkan HIV, menyebabkan lebih 200 kematian

Peguam Em Sovann berkata, Yem Chroeum, 55, pada awalnya berdepan hukuman penjara seumur hidup, namun tuduhan membunuh beliau telah dikurangkan oleh mahkamah setelah meminda pertuduhan kepada membunuh tanpa niat.

Difahamkan, doktor luar bandar itu menjangkiti penduduk Kampung Roka di wilayah barat Battambang dengan menggunakan semula jarum yang kotor.

Sekurang-kurangnya 10 pesakit daripada 106 penduduk kampung Roka di wilayah Battambang yang dijangkiti virus maut itu meninggal dunia.

Jurucakap mahkamah di Battambang berkata, Chrin didapati bersalah berkelakuan kejam dengan menyebabkan kematian, sengaja menyebarkan HIV dan merawat pesakit tanpa lesen.

Chrin ditahan pada Disember tahun lalu dan diletakkan di bawah pengawasan polis kerana bimbang dipukul penduduk kampung yang berang.

Perbicaraannya berlangsung selama lima hari pada Oktober lalu.

Chrin yang merawat penduduk kampung dari 1996 hingga 2014 berkata, dia hanya mahu membantu komuniti itu dan bukan menyebarkan penyakit.

Pesakit yang dijangkiti HIV oleh Chrin berusia lingkungan tiga hingga 82 tahun termasuk beberapa sami Buddha.
- AFP

No comments