Terkini

Sempena ‘Musim Kahwin’.. Kompilasi Video Lawak Akad Nikah

SETIAP tahun, Disember adalah bulan yang menyaksikan banyak pasangan naik pelamin memandangkan terdapat sesi cuti persekolahan panjang ketika ini.

Sempena ‘Musim Kahwin’.. Kompilasi Video Lawak Akad Nikah
Sempena ‘Musim Kahwin’.. Kompilasi Video Lawak Akad Nikah 


Bagi mereka yang bakal bergelar pengantin dalam masa terdekat, perasaan gementar dan rasa gugup sudah pasti terpaksa ditelan pada hari majlis dilangsungkan. Tak hairanlah, ada antara mereka tiba-tiba berkelakuan aneh kerana tidak dapat menyembunyikan rasa gemuruh.

Di bawah, kami kongsikan antara rakaman lawak yang berlaku sewaktu majlis akad nikah, yang pasti membuatkan anda tak kering gusi!

#1: Gaya penuh yakin dah ada, tapi tiba-tiba pengantin yang bernama Mohd Najib ini boleh tersasul pula.



#2: Mungkin penangan GST, mungkin juga pengantin lelaki terlalu gugup. Ditambah pula dengan usikan tetamu, pengantin perempuan pun boleh tergelak sama.

#3: Pantas dan tepat. Fuuhhhh, pengantin lelaki ini memang hebat.

#4: Bak kata pengantin lelaki sendiri, “Sah!”

#5: Kalau selalu pengantin lelaki yang gementar, kali ini Tok Kadi pula yang lebih gementar daripada pengantin.

#6:Pak cik ini comel sangat. Tersasul-sasul, tapi yang penting, pak cik tetap maintain.

#7: Untuk video terakhir, kita terbang ke tanah seberang. Anda pasti dapat turut merasai semangat berkobar-kobar pengantin lelaki ini.

No comments