Video..tersasar dari jalan
Subang Jaya: Seorang jurugambar lelaki yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam di sini sempat merakam aksi kereta dipandu di laluan motosikal di situ.
Dia yang mahu dikenali sebagai Fazli, 32, berkata, dia dalam perjalanan ke pejabatnya di Seksyen 15 Shah Alam sebelum terserempak dengan aksi bahaya kereta berkenaan.
Katanya, aksi pemandu itu dilihat berbahaya selepas memandu laju di lorong sempit itu.
"Pemandu itu juga dimarahi penunggang motosikal yang membunyikan hon ketika mengekori kereta berkenaan dari belakang.
"Saya sempat merakam beberapa saat kejadian berkenaan sebelum kereta dipandu rakan saya berlalu pergi," katanya.
Menurutnya, dia tidak pasti bagaimana pemandu berkenaan boleh masuk ke laluan motosikal di situ malah tidak sempat melihat bagaimana dia keluar ke laluan utama.
-hmetro

No comments
Post a Comment