Cerita mengenai Dhia viral di Facebook dan orang ramai bertanyakan tentangnya
Kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama bapanya, Mohamad Nor Omar, 26, dan ibu, Shuhaila Norasmira Mohd Syukri, 25, selepas Perodua Kancil mereka terbabas di Jalan Perindustrian Kerteh.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, tiga beranak berkenaan dalam perjalanan pulang ke Taman Murni Perdana, Paka selepas ke Kemaman atas urusan peribadi.
Dhia berusia dua bulan ketika itu berada di atas riba ibunya dikatakan terlepas daripada pegangan sebelum tercampak keluar kerana masing-masing tertidur di bahagian tempat duduk penumpang depan apabila kereta terbabit terbabas.
Selain Dhia yang parah dalam kejadian itu, Shuhaila turut cedera selepas ditindih kenderaan berkenaan yang terbalik.
Berikutan kemalangan terbabit, Dhia menerima rawatan pakar selama 35 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dirujuk dari Hospital Dungun.
Namun kini, Dhia membesar seperti kanak-kanak lain walaupun kehilangan kaki kirinya dan kesihatannya juga sudah semakin pulih.
Shuhaila berkata, Dhia menerima kaki palsu sebulan lalu daripada pakar Thailand yang ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur.
“Dhia masih tidak mahu memakai kaki palsu mungkin belum selesa, tetapi saya akan terus mencubanya bagi membolehkannya menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Perumahan Rumah Murah Taman Murni Perdana, di sini.
Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu membesar dengan baik selain mengalami kecacatan pada kakinya itu.
Katanya, walaupun melihat keadaan Dhia yang mempunyai kekurangan itu, tetapi dia bersyukur kerana anaknya itu membesar dengan baik.
“Seperti kanak-kanak sebaya, keletahnya sentiasa membuatkan kami terhibur dan dia mampu mengengsot dengan laju hingga ada ketikanya sukar untuk mengawalnya.
“Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai yang bertanyakan khabar mengenai keadaan Dhia sekarang serta yang banyak membantu ketika kami berhadapan detik sukar selepas kejadian itu,” katanya yang mempunyai dua lagi anak, Nor Alya Balkis, 8, dan Afiq Danial, 7.
Sejak beberapa hari lalu, cerita mengenai Dhia viral di Facebook (FB) dan orang ramai bertanyakan mengenai keadaan kanak-kanak itu selepas kejadian menimpanya juga pernah menjadi perhatian di laman sosial itu, tahun lalu.
Shuhaila berkata, dia berterima kasih kepada HRC yang banyak membantu Dhia terutamanya dengan bantuan pakar luar negara untuk menyediakan kaki palsu kepada anaknya bernilai antara RM5,000 hingga RM6,000 secara percuma itu.
Katanya, jika diikutkan kemampuannya dan suami yang hanya bekerja sebagai kerani memang sukar untuk menyediakan kaki palsu untuk Dhia.
“Selain itu, saya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai agar dapat menjadikan kejadian menimpa kami ini sebagai pengajaran,” katanya.
- hmetro

No comments
Post a Comment