Paus Dijumpai Terdampar di Pantai Di Labuan
LABUAN - Seekor anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu hari ini.
Para pegawai menganggarkan bahawa haiwan sepanjang 6.1 meter itu berusia kira-kira lebih setahun dan telah mati apabila ditemui terdampar di pantai.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Anuar Salam Sulaiman memberitahu Bernama punca kematian adalah tidak jelas dan laporan telah diserahkan kepada ibu pejabat Jabatan Perikanan di Putrajaya untuk siasatan terperinci.
"Tiada tanda-tanda trauma, seperti tanda kipas tetapi pasukan dari ibu pejabat akan menjalankan penyiasatan dengan memberi tumpuan kepada punca kematian, sama ada haiwan itu ditangkap atau terperangkap dalam jala atau dilanggar kapal pukat tunda," katanya.
Anuar berkata, sampel haiwan itu juga akan diambil dalam siasatan untuk menentukan keluarga haiwan itu dan habitat asalnya.
"Ia terlalu muda untuk mati secara semula jadi. Ia amat mengejutkan dan sangat menyedihkan," kata beliau.
Penduduk kampung menemui paus itu kira-kira 10 pagi tadi dan insiden itu menarik ramai penduduk kampung untuk melihat haiwan itu, dan ada sesetengah penduduk yang bergambar bersama bangkai haiwan itu.
Anuar berkata bangkai ikan paus itu akan ditanam esok di kawasan jauh dari pantai Kampung Sg Labu supaya ia tidak reput dengan cepat.
"Buat masa ini, sementara menunggu untuk pasukan bedah siasat dan pasukan menyiasat tiba, kami perlu menanam paus itu. Bangkainya akan akan digali semula untuk bedah siasat dijalankan," katanya. - Bernama

No comments
Post a Comment