Terkini

Akibat Rempuhan...Kereta Melambung dan Lima Sekeluarga Maut

BINTULU: Lima sekeluarga terbunuh, manakala tujuh cedera, termasuk bayi berusia lima bulan dalam kemalangan dua kenderaan, jam 5 petang tadi.

Akibat Rempuhan...Kereta Melambung dan Lima Sekeluarga Maut
Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan

Kemalangan berlaku di Kilometer 77 Jalan Tatau-Sibu, apabila kereta jenis Nissan Sentra dinaiki keluarga terbabit, termasuk bayi lelaki itu, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan Nissan Sentra terbabit melambung ke kawasan gaung sedalam kira-kira tiga meter. Kelima-lima mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke Klinik Selangau yang terletak berhampiran lokasi kejadian bagi mendapatkan rawatan.

Enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 petang untuk mengeluarkan mangsa dari kedua-dua kenderaan yang remuk. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti.

Akibat Rempuhan...Kereta Melambung dan Lima Sekeluarga Maut
Anggota sedang mengeluarkan mangsa yang terperangkap


bharian

No comments