Demi `Otot Idaman` Sanggup Berhabis Hampir RM23,000.00
LEEDS - BRITAIN. Seorang lelaki Britain sanggup ke Istanbul dan membelanjakan lebih 3500 pound (RM22,421.29) untuk mendapatkan 'otot idaman'.
Laporan Mirror menyebut Lee Coupland, 31 sanggup menjalani pembedahan kosmetik untuk mendapatkan otot abdomen sempurna.
"Saya rasa ini adalah pilihan terbaik untuk lelaki, sama seperti perempuan menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara atau mencantikkan hidung mereka," kata Lee.
Menurut Lee, dia bukanlah lelaki Britain pertama yang menjalani pembedahan kosmetik di sebuah hospital di Istanbul.
"Hospital itu memberitahu saya, saya adalah lelaki ke-8 yang mahu menjalani pembedahan kosmetik untuk tempoh enam bulan ini," jelas Lee.
Lee yang mempunyai dua orang anak bagaimanapun menegaskan pembedahan tersebut tidak boleh dilakukan sebarangan dan tidak sesuai untuk lelaki gemuk.
"Saya perlu menjalani operasi ultrasound yang akan mencairkan lebihan lemak di bahagian abdomen.
"Operasi seterusnya adalah 'laser lipo' iaitu doktor membuat parut yang akan memisahkan 'bentuk otot' di bahagian abdomen," kata Lee lagi.
Lee mengatakan dia tidak mempunyai keyakinan diri yang teruk sebelum menjalani pembedahan kosmetik tersebut.
"Sekarang saya betul-betul rasa gembira dan yakin," akhiri Lee
dipetik dari sinarharian

No comments
Post a Comment