Remaja dakwa dihalau dari bas kerana solekan terlalu tebal
LONDON: Seorang remaja Asia warga British yang memegang tiket kanak-kanak dihalau turun dari sebuah bas kerana memakai solekan terlalu tebal, lapor media tempatan.
Zahra Sadiq, 15, dihalau konduktor bas National Express di Birmingham minggu lepas kerana memakai solekan tebal, yang didakwa tidak menggambarkan usianya
Tiket itu didakwa tidak sah kerana Sadiq tidak kelihatan seperti kanak-kanak.
“Semasa konduktor memeriksa tiket, saya tak sangka akan timbul masalah. Dia bertanya umur saya dan terus menghalau saya selepas memberitahu umur,” kata Zahra kepada Daily Mirror.
Gadis yang dalam perjalanan menonton wayang bersama seorang rakan pada 22 Disember lalu itu terpaksa berjalan kaki sejauh 6.4 kilometer dan didenda 35 pound (RM222).
Sementara itu, jurucakap National Express West Midlands berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan seorang gadis dihalau keluar daripada bas bernombor 14 kendalian mereka. – AGENSI
Remaja dakwa dihalau dari bas kerana solekan terlalu tebal |
Zahra Sadiq, 15, dihalau konduktor bas National Express di Birmingham minggu lepas kerana memakai solekan tebal, yang didakwa tidak menggambarkan usianya
Tiket itu didakwa tidak sah kerana Sadiq tidak kelihatan seperti kanak-kanak.
“Semasa konduktor memeriksa tiket, saya tak sangka akan timbul masalah. Dia bertanya umur saya dan terus menghalau saya selepas memberitahu umur,” kata Zahra kepada Daily Mirror.
Zahra Sadiq |
Sementara itu, jurucakap National Express West Midlands berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan seorang gadis dihalau keluar daripada bas bernombor 14 kendalian mereka. – AGENSI
No comments
Post a Comment