Kemalangan Di Chiang Mai, Waris Mangsa terima pampasan RM200,000
Bangkok: Waris kepada 13 mangsa dari Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Chiang Mai akan menerima pampasan 1.6 juta baht (RM200,000) daripada syarikat insurans dan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand.
Gabenor Chiang Mai, Pawin Chamniprasarn berkata, bagi mangsa yang tercedera kerajaan Thailand bersetuju membayar 50,000 baht (RM6,000) untuk setiap rawatan kecederaan.
Dalam kejadian itu, 14 mangsa terkorban iaitu 13 pelancong dari Malaysia manakala seorang lagi pemandu pelancong tempatan, Pattara Promjaijom, 34.
Hasil siasatan polis mendapati 11 mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala selebihnya disahkan meninggal di hospital, katanya.
Katanya, pemandu bas yang tercedera kini dalam tahanan polis di Hospital Doi Saket. - Bangkok Post
sumber-metro

No comments
Post a Comment