Lelaki Tanpa Pakaian Ditembak Ketika Cuba Selamatkan Diri
Satu video telah memaparkan seorang lelaki ditembak mati oleh pengawal sempadan Mesir selepas cuba masuk ke negara berkenaan dengan berenang dari Semenanjung Gaza, lapor Al-Jazeera.
Video tersebut menunjukkan Ishaq Khalil Hassan berenang tanpa seurat benang di Laut Mediterranean dan kemudian menyeberangi sempadan Mesir melalui pagar berkawat besi.
Pegawai keselamatan Palestin dilihat menjerit ke arah pengawal Mesir yang berada di menara kawalan agar tidak menembak Ishaq.
Ishaq dikatakan mengalami masalah psikologi yang diburukkan lagi apabila beliau tidak dibenarkan meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir, menurut sepupu beliau, Ahmad.
Menurut Ahmad lagi, Ishaq berkunjung ke Rafah dan tinggal di rumah kakak beliau.
“Saya tidak fikir Ishaq sedar atau jangka yang dia akan ditembak oleh tentera Mesir,” ujar Ahmad.
Beliau turut menegaskan tindakan Ishaq tidak dilakukan untuk mengancam keselamatan Mesir dan sepupu beliau bukannya mencuba untuk menceroboh sempadan negara tersebut.
“Ishaq menganggur, terdesak, dan sangat kecewa kerana tidak mampu meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan. Tetapi pihak Mesir tidak pernah membenarkan dia untuk masuk. Mesir sama sahaja seperti Israel, atau mungkin lebih teruk, dalam layanan terhadap rakyat Palestin,” tambah Ahmad.
Kawasan sempadan Rafah di antara Mesir dan Palestin dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja oleh kerajaan Mesir.
Kementerian dalam negeri Palestin menyelar tembakan itu sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai hukuman kejam yang melanggar undang-undang.

No comments
Post a Comment