Terkini

Dimanakah Letaknya Sifat Keperimanusiaan

SURABAYA - INDONESIA. Seorang penjaga haiwan di sebuah zoo di Surabaya, Indonesia ditangkap kerana didakwa atas tuduhan menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan seekor orang utan bunting.


Memetik laporan Kalimantan Press, kejadian itu terbongkar selepas perlakuan penjaga berkenaan yang berusia dalam linkungan 38, berjaya dirakam.

Kakitangan keselamatan zoo memasang kamera tersembunyi di kawasan 'sasaran' selepas berasa sangsi terhadap kelakuan lelaki itu.

Kakitangan zoo, Akhiroel Yahya yang sudah bekerja di zoo itu selama 14 tahun, berkata: “Ada haiwan nampak terangsang secara seksual apabila tiba masa untuk memberi mereka makan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku.

"Pada mulanya, kami tidak memahami apa yang telah berlaku, Marilyn telah hidup terpencil sejak 10 tahun yang lalu.

"Apabila kami meletakkan beberapa kamera tersembunyi baru kami faham bahawa betapa dahsyatnya kebenaran itu," katanya.

Dalam pada itu, apabila berhadapan dengan pihak berkuasa tempatan, penjaga zoo itu menafikan sebarang salah laku di pihaknya.

"Dia berkata, segala yang dilakukan adalah secara rela," jelas Ketua Polis Abubakar Jaar.

Sementara itu, lelaki itu menjelaskan kepada pemberita tempatan bahawa dia tidak tahu bahawa persetubuhan dengan haiwan boleh menyebabkan berlakunya kehamilan.

"Dia berkata dia tidak tahu orang utan boleh hamil apabila 'bersama' manusia," katanya.

No comments