Spesisi Ikan Air Tawar Diketegori Sebagai Makanan Mewah
Kuala Lumpur: Sebanyak 10 spesies ikan air tawar yang hidup meliar dalam sungai utama di negara ini dikategorikan sebagai makanan mewah dan eksklusif kerana harganya mampu mencecah dan RM300 hingga RM1,000 sekilogram.
Malah, spesies ikan ini antara yang sukar didapati selain mendapat permintaan tinggi daripada pembeli yang menggemari ikan air tawar.
Sungai utama di Perak, Selangor dan Pahang direkodkan antara tiga negeri utama pengeluar ikan air tawar di negara ini.
Walaupun harga ikan ini mahal dan dianggap melampau, namun ia mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.
Rasa yang enak, manis, lembut dan kulit licin antara faktor mengapa 10 spesies ikan ini digemari orang ramai.
Selain faktor isi yang sedap dan manis, sukar didapati dan permintaan yang tinggi antara sebab ikan berkenaan dijual dengan harga sangat tinggi.
Pengeluaran ikan air tawar ini adalah sebanyak 11,362 tan metrik bernilai RM167.9 juta setahun.
Dalam usaha memastikan spesies ikan termahal ini terus hidup dan tidak pupus, satu pusat penyelidikan ikan air tawar iaitu Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Titi, Jelebu, Negeri Sembilan diwujudkan bagi membiak ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
Pegawai Penyelidikan Kanan FRI Glami Lemi Jamaludin Ibrahim berkata, penyelidikan terhadap ikan air tawar dengan beberapa spesies seperti Kelah, Krai, Temoleh, Ketutu, Patin dan Baung perlu dilakukan berterusan berikutan permintaan tinggi di pasaran.
“Kebanyakan ikan yang menjadi penghuni asal sungai sekitar negeri Pahang mempunyai harga ‘menggerunkan’ di pasaran, apatah lagi jika diperolehi, secara semula jadi.
“Beberapa spesies ikan yang dibiak di FRI Glami Lemi akan dilepaskan ke habitat semula jadi di beberapa sungai berhampiran pada waktu tertentu dan bergantung kepada penghasilan anak ikan daripada telur induk ikan,” katanya kepada Harian Metro.
Jamaludin berkata, penyelidikan terhadap ikan yang diancam kepupusan seperti Temoleh yang disenaraikan jarang didapati oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) perlu dibuat secara berterusan malah pihaknya serius memastikan ikan berkenaan akan terus menjadi penghuni tetap sungai di negara ini.
“Faktor harga yang tinggi menjadi penyebab mengapa ikan berkenaan sukar diperoleh namun percaya kaedah biak dan lepas akan berjaya jika masyarakat mempunyai peranan dalam memastikan ikan berkenaan dapat hidup sempurna.
“Contoh seperti Ikan Krai banyak didapati di habitat asal sepanjang Sungai Pahang dan mudah didapati di pasar segar seperti di Temerloh, Pahang,” katanya.
Katanya, biarpun mudah didapati, kita tetap mahu menjalankan penyelidikan lebih mendalam mengenai ikan krai yang turut mendapat permintaan tinggi biarpun harganya boleh mencecah ratusan ringgit sekilogram.
“Kita mempunyai kolam induk ikan temoleh, kelah, baung ekor merah, patin buah serta tangki pembiakan bagi ikan krai, kelah dan ketutu.
“FRI Glami Lemi serius menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi baung ekor merah pertama di negara ini dan berharap spesies ini boleh diternak oleh penternak ikan air tawar,” katanya.
-hmetro
Spesisi Ikan Air Tawar Diketegori Sebagai Makanan Mewah |

No comments
Post a Comment