Terkini

Lelaki Nak Buat Kejutan Pada Kekasihnya...Dia Pula Yang Dapat Kejutan

SEORANG lelaki China cuba mencipta kejutan dan keterujaan apabila melamar kekasihnya di khalayak ramai, namun perkara sebaliknya pula berlaku.

Lelaki Nak Buat Kejutan Pada Kekasihnya...Dia Pula Yang Dapat Kejutan


Walaupun gadis yang dilamar kelihatan teruja dan terkejut melihat lelaki itu berjalan ke arahnya dengan membawa kotak cincin, tetapi lamaran tersebut akhirnya ditolak.

Semuanya gara-gara berlian pada cincin itu yang dikatakan terlalu kecil.

Lamaran itu dibuat di sebatang jalan di bandar Chengdu, wilayah Sichuan.

Gadis berkenaan dilihat masih menerima lamaran sehingga kotak cincin dibuka, tetai mengeluh apabila melihat berlian pada cincin berkenaan.

"Kenapa terlalu kecil? Dia seorang yang cuai dan tidak peduli akan kehendak saya," kata gadis tersebut kepada rakan yang ingin tahu sebab lamaran itu ditolak.

Drama lamaran tidak menjadi itu kemudian menjadi viral di laman sosial dan turut mendapat liputan pihak media.

Banyak pihak mempersoalkan tindakan gadis berkenaan mempertikai belian yang terlalu kecil berbanding percintaan mereka.



No comments