Terkini

Peluncur Terkejut Bila Jerung Mendarat Atas Papan Luncur

SYDNEY: Seorang peluncur Australia pada Selasa berdepan dengan seekor jerung yang melompat di atas papan luncurnya di pantai Bondi di Sydney.

Peluncur Terkejut Bila Jerung  Mendarat Atas Papan Luncur
Pantai Bondi, tempat kejadian berlaku

Kejadian yang turut disaksikan oleh penjaga pantai itu telah menyebabkan dia yang hampir kehilangan nyawa terus berada dalam ketakutan.

Dean Norburn berkata dia sedang meluncur bersama dua rakannya pada awal pagi apabila seekor jerung tiba-tiba muncul dari dalam air dan melompat di atas papan luncurnya.

"Kami baru sahaja berehat dan ketika saya sedang perlahan-lahan menuju ke kawasan tengah dan mahu duduk di atas papan luncur...ketika itulah jerung itu menolak dan mendarat di atas papan luncur saya," Norburn kepada AFP.

"Saya terkejut dan saya rasa anda dapat faham bagaimana perasaan saya. Sepantas ia melonjak ke arah papan luncur saya, ia kemudian berenang ke arah salah seorang rakan saya, berenang di bawah papan luncurnya dan kemudian berenang ke dalam air.

"Ia benar-benar menakutkan...ini adalah kali pertama saya bertemu dengannya dan berharap ia akan menjadi yang terakhir," katanya.

Bondi Rescue Lifeguards mengesahkan kejadian itu, sambil menambah Norburn tidak cedera dan jerung itu disifatkan rakan peluncur mempunyai ukuran kira-kira enam kaki (1.8 meter) panjang.

"Pengawal pantai telah bercakap dengan kedua-dua lelaki itu dan mengarahkan pantai dikosongkan. Ia akan menjadi pengalaman meluncur yang tak akan dilupakan untuk kedua-dua lelaki itu," kata penjaga pantai itu dalam posting Facebooknya.

Norburn yang telah meluncur selama hampir tiga dekad berkata dia kemudian kembali ke pantai pada jarak kira-kira 50-60 meter (164-197 kaki) dari tempat kejadian secepat mungkin.

"Pengajaran di kelas renang saya dulu bermain semula di kepala dan saya berenang ke pantai sekuat hati," katanya.

"Saya rasa sangat lega (kembali semula ke pantai) dan anda juga dapat berfikir apa yang telah berlaku," katanya.

Sydney adalah ibu kota negara New South Wales, di mana pihak berkuasa baru-baru ini telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu mencegah dan mengurangkan serangan jerung selepas berlaku beberapa siri serangan tahun ini.

Negara ini yang mempunyai garis pantai sepanjang 2,000 kilometer (1,240 batu) telah berdepan dengan 13 serangan tahun ini, termasuk satu yang membawa maut.

Langkah ini termasuklah mengesan pergerakan jerung menggunakan drone dan memasang garis pintar yang dapat memberi amaran kepada pihak berkuasa tentang kehadiran haiwan tersebut.

dipetik dari mstar

No comments